Aku dilahirkan pada 4hb April 1967..kalau tak silap hari selasa di Hospital Bukit Besi. Ni semua gambar aku masa aku tinggal diBukit Besi iaitu di Kg Besul dan berek meneng (berek mining). Aku sempat bersekolah di SR Bukit Besi pada tahun 1974, tapi maaflah aku tak ingat sorang pun nama kawan2 aku masa kat sekolah tu. Sebab aku bersekolah kat sana tak sampai satu tahun. Member aku seorang guru yang mengajar pada awal tahun 90an di sekolah tersebut ada bagitahu aku bahawa dia terlihat album lama pelajar sekolah tu dan ternampak gambar aku tapi sayangnya dia tak scan/fotostat gambar tu. Jadi sampai sekaranglah aku tak pernah tengok gambar tu.. macamana nak tengok gambar tu...????
Blog ni bertujuan nak cari geng antik yang duduk Bukit Besi dulu. Awal tahun 70 an'. Pada engkorang yang masih menyimpan gambar2 lama sekitar Bukit Besi, lebih2 lagi gambar hospital, SR Bukit Besi, Masjid @ sebarang gambar, kalau nak kongsi dan sudi nak sedekah kat aku..... . Pada kawan2 yg masih ingat ingat lupa kat aku... contact le. Mana tau ada yang masuk kat sini kawan sekelas aku dulu....
0 comments