Gambar ni masa aku bersekolah di SRK Pusat, Dungun (Kalau tak silap), masa di SRK Pusat ada beberapa kawan yang namanya masih aku ingat seperti shaari dan Allahyarham Abd Halim. Nama yang lain aku lupa..maaflah. Aku bersekolah kat sini pun tak lama sebab abah aku dapat kerja di Kilang Felda Jerangau (Selepas Kilang Besi di Bukit Besi tutup). Aku bersekolah di SRK Jerangau pun tak lama sebab abah aku berpindah pulak ke Felda Bukit Kepayang, Triang, Pahang.
Blog ni bertujuan nak cari geng antik yang duduk Bukit Besi dulu. Awal tahun 70 an'. Pada engkorang yang masih menyimpan gambar2 lama sekitar Bukit Besi, lebih2 lagi gambar hospital, SR Bukit Besi, Masjid @ sebarang gambar, kalau nak kongsi dan sudi nak sedekah kat aku..... . Pada kawan2 yg masih ingat ingat lupa kat aku... contact le. Mana tau ada yang masuk kat sini kawan sekelas aku dulu....
0 comments