Gambar aku dan abah. Ada beberapa gambar lagi, tak ada mood nak scan, letih. Nanti ada masa aku upload kat sini. Kawan2 yang masih lagi ingat kat aku, email lah kat aku...mungkin ada kenangan dan cerita yang kita nak sembang...

Posted by Amri Abd Rani Friday, September 4, 2009 0 comments

Gambar ni masa aku bersekolah di SRK Pusat, Dungun (Kalau tak silap), masa di SRK Pusat ada beberapa kawan yang namanya masih aku ingat seperti shaari dan Allahyarham Abd Halim. Nama yang lain aku lupa..maaflah. Aku bersekolah kat sini pun tak lama sebab abah aku dapat kerja di Kilang Felda Jerangau (Selepas Kilang Besi di Bukit Besi tutup). Aku bersekolah di SRK Jerangau pun tak lama sebab abah aku berpindah pulak ke Felda Bukit Kepayang, Triang, Pahang.

Posted by Amri Abd Rani 0 comments

Aku dilahirkan pada 4hb April 1967..kalau tak silap hari selasa di Hospital Bukit Besi. Ni semua gambar aku masa aku tinggal diBukit Besi iaitu di Kg Besul dan berek meneng (berek mining). Aku sempat bersekolah di SR Bukit Besi pada tahun 1974, tapi maaflah aku tak ingat sorang pun nama kawan2 aku masa kat sekolah tu. Sebab aku bersekolah kat sana tak sampai satu tahun. Member aku seorang guru yang mengajar pada awal tahun 90an di sekolah tersebut ada bagitahu aku bahawa dia terlihat album lama pelajar sekolah tu dan ternampak gambar aku tapi sayangnya dia tak scan/fotostat gambar tu. Jadi sampai sekaranglah aku tak pernah tengok gambar tu.. macamana nak tengok gambar tu...????


Posted by Amri Abd Rani 0 comments

Ini cik aku (bonda). Gambar masa2 dia muda dulu bersama keluarganya. Cantik kan. Gambar paling atas tu mengingatkan aku pada potret monalisa...!!!

Posted by Amri Abd Rani 0 comments

Ni lah abah aku.... gambar dia dari budak2 sampai kerja kat stesen master Bukit Besi. Abah aku minat bergambar. Banyak gambar dia ada dalam simpanan aku.

Posted by Amri Abd Rani 4 comments

Stesen Keretapi Bukit Besi.
Berek Meneng. (Berek mining) ??
Rock Car
Rock Car B.
Bukit Tebuk
Tiang Opal Di Teluk Lipat Dungun (Sekarang dah tak ada)
Lokasi Bukit Tebuk, Tiang Opal dan Kapal adalah di Dungun.

Gambar-gambar ni diambil dari beberapa laman web, blog dan artikel dari akhbar yang mempunyai kaitan dengan sejarah Bukit Besi.

Posted by Amri Abd Rani Tuesday, September 1, 2009 8 comments

Subscribe here